Big Girl Don't Cry

2012 , 2013 boleh dikira dengan jari tangan dan jari kaki .
Apa yang kau rasa ?
Sayang nak meninggalkan atau ternanti-nanti hari berlalu ?
sekarang , cuba kira berapa lama kita hidup , 
berapa lama kita bernafas , 
berapa lama kita menggunakan masa sepanjang kehidupan kita .
*kalkulator break down

Setiap tahun , 
ada sahaja hobi baru yang kita buat , 
ada sahaja kisah baru mula tercoret , 
ada sahaja girlfriend/boyfriend lama meninggalakan tahi .
kenangan manis mahupun pahit  
Hard to remembered but easy to care .
kawan-kawan ?
Alhamdulillah , mereka lebih memahami ,
ermm ada kawan yang masih ketinggalan dek zaman ?
ajarlah mereka , kerana mereka mungkin tidak mengerti yang sebenar-benarnya kehidupan.

Tahun depan ada yang menunggu hari , bulan menjengah ke dunia kedewasaan .
Perangai ? hmm , masih boleh diubah atau taknakberubah
kau kan dah besar , kau boleh fikir .
ada yang mahu menghina bapak lagi ?
ada yang mahu tidak mengaku dara ?
ada yang berhijrah ke Planet Matoki ?
ada yang mahu potong dan berbogel depan Pavi ?
*suck thing
yang hodoh jadikan pengajaran , yang indah jadikan panduan .

Kanak-kanak SPM mula bersorak dan bermegah-megahan ,
keperitan mereka sudah berakhir ,
rindukan kantin , kelas , cikgu , kawan-kawan , tandas , bilik disiplin MAYBE ?
ohh , mereka sedang teruskan hidup dengan mencari kerja partime / fulltime .
May Allah bless you :D

Janin-janin PMR sedang keresahan ,
mungkin mereka boleh digugurkan atau dilahirkan seperti manusia yang lain ,
dalam ingatan mungkin menyesal dengan usaha yang gigih ,
atau bahagia dengan usaha yang tak seberapa ?
Dalam fikiran mungkin mahu mewarisi kepada siapalah buku-buku nota ,
hasil contengan kejayaan , bawak tuah lah kononnya .

Tangisan melambangkan kesedihan ,
juga ianya melambangkan kegembiraan .
Dah kira berapa titis air mata kita yang habis ?
Air mata diibaratkan seperti awan yang sudah berat menanggung wap-wap air ,
dan akhirnya mencurahnya ke bumi .
Makhluk yang menikmati nya ada yang bersyukur , 
dan ada yang bermaki-makian kerana hujan mereka tak boleh keluar DATING

Pencapaian apa yang kita telah buat kepada ibubapa ?
bangga atau tidak membanggakan tetap dibangga oleh mereka .
Dah kira berapa kasih sayang yang mereka curahkan ?
erm , tak sanggup mengira :/
mereka berjasa dengan kasih sayangnya .
tanpa mereka siapalah mereka .
masih menjadi Simen Liquid yang terhasil di Seminal Vesicle dan Prostat Gland ?
*Maaf , saya bukan professor seperti anda .
setiap kali kita meminta-minta wang untuk membeli seposen gula-gula ,
mereka menghabiskan tenaga-nya dengan mencari kesenangan buat kita ,
walaupun bukan berada , tapi kita anak-anak tak sah kalau tak mintak yang berlebihan .
Mereka tahu cari , cari , cari dan mencari .
Dan kita tahu habis , habis , habis , habis , habis dan menghabiskan .
"Rabbi'ghfirli wali-walhidayya warhamhuma kamarabbayani saghira''
Alhamdulilah kita telah mendoakan kedua-dua ibu bapa kita :)