#Paling Lagi


Perkara paling sentimental yang pernah aku rasa,
masa yang takkan berulang. 

Bila kau paling ke belakang, 
kau akan nampak banyak perkara yang sebelum ni kau tak nampak.

Banyak perkara yang sepatutnya kau hargai tapi kau tak hargai.
Setiap masa ada sesuatu yang kau tinggalkan di belakang.
Ada perkara indah tapi kau ludah.
Ada perkara ludahan tapi kau rasa indah.
Banyak masa yang berharga tapi kau buang dengan megah.
Ada yang telah pergi, dan ada yang masih berdiri bersama.
Semua tu sentiasa bergerak dalam satu putaran. 
It goes on and on.
Cuma putaran kali ni tiada penghujung sehingga nyawa kau berhenti.

Yang dah berlalu itu jadikan ia memoris.
Yang perit itu jadikan pengajaran.
Yang indah itu jadikan memento.

Maka kau akan jadi seseorang yang takkan lupa diri bila kau berada diatas; walau dimana.
Sebab kau ingat segala jadah perit untuk kau sampai kesana.

Sekarang paling kehadapan.
Apa yang kau mahu?
Kereta mewah Porsche? Villa besar? Pekerjaan tetap.

Kemudian, sila tunduk dan paling pada hari ini.
Sekian.
 
 


Percaya pada takdir , Bukannya nasib .